Tuesday, January 4, 2011

HARIMAU MALAYA !


Harimau Malaya adalah pasukan bola sepak Malaysia yang telah menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 pada 29 disember yang lepas. Harimau Malaya telah menewaskan pasukan Indonesia dengan aggreget 4-2 pada pusingan final. Dengan itu mereka merupakan juara Piala AFF Suzuki 2010 julung buat pertama kalinya semenjak pertubuhannya pada 1996. Pemain kebanggaan, Safee Sali telah mendapat Golden Boot award kerana berjaya memboloskan gawang lawan sebanyak lima jaringan dalam Piala AFF Suzuki ini. Kemenangan ini amat berbaloi kerana usaha, kerjasama dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh pelatih, pemain dan pasukannya sendiri. Saya amat berbangga dengan Harimau Malaya kerana telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. TANAH TUMPAHNYA DARAHKU :)

No comments:

Post a Comment