Wednesday, August 10, 2011

Minor project: Skyscrapper (Burj al Arab)

.Burj Al arab.
Architect: Tom Wright
Model by: Azizi Annuar

I did it 24hours before submission day. The last minute project. Fuhh. Hope the model will attract my lecturer to rise up my pointer for this sem. Aminn (:

Wednesday, June 1, 2011

The Cabinet thingy.



Final:

Tudiaa dia dah mai dah. haha.

Arghhhh finally ! Done satu task yang dah lama tertangguh. Ni haa design cabinet yang aku dah siapkan dalam masa 2 jam. Cincai kott dan tersangatlah simple. Bedal je laa asal siap. haha. Lagipun aku dan mendapat sokongan dpd ayah aku. Last week mama aku suruh designkan satu cabinet untuk letak kat kitchen klinik dye. So aku tak menolak, setuju je sebab mama cakap dapat upah. Sape taknak kann. Jumaat ni design ni akan sampai ke Jabatan Seni bina. something like that -.-" supaya dorang amik dimension semua and design balik. Ouh tak sabar nak dapat duit weyh. hahaha $$. And everything is 100% design by me, takda cilok cilok naa. Haa baru teringat 5 more sketches to go out of 10. Submit on 6/6 brotha. Laziness please away yaw. Okay bila dah penat, merapu pun datang. So selamat malam yall ! haha.

*click the picture for larger preview :)

Thursday, March 24, 2011

Class of Architecture


Hey guys sorry laa aku memang jarang update blog ni. macam takde function je. haha. Aku sebenarnya ade attend satu class basic architecture dekat UTM Skudai dengan sorang membe aku ni, Shafiq Shoki. Biasa la nak prepare utk diploma yg kedua aku -.- panjang cerita dye. haha. Kat UTM ni aku attend class ala2 tuition dengan student alam bina. Abg yg ajar kitorang ni Syukri name dye. Kat sini memang banyak la pengalaman yg kitorang dapat. First, kena la tawu nak buat sketching pakai free hand. Itupun kena pandai main dgn line yg tak seberapa susah la. Then software macam Autocad, Sketch up, photoshop, kerkythea pun kena kuasai jugak. Selalunya lepas dah buat plan dalam Autocad kena import dalam sketch up untuk naikkan jadi 3D. aku pun mula2 sumpah pening dengan benda2 ni. tapi bila dah selalu buat okay la jugak. Kerja yang dye bagi takde la banyak tapi makan mase jugak nak kira ape tu semua, biasa la beginner. haha. Btw hasil kerja ni semua memang 100% aku buat. Beginner2 pun kitorang dah buat plan untuk floorspace, warehouse, wakaf etc. siap naik 3D lagi. haha. Pejam celik dah sebulan lebih kot aku attend class ni. expression ? agak seronok la sebab rase macam architect berjaya pulak. hahaha. Ape lagi ? haa tengok la hasilnyaa :)


.Warehouse.


.Wakaf.


.Table.


.Floorspace.


.4741G keyboard.


.Nokia X6.

That's all tak bole lebih2. haha. have a nice day people :) goodnitee !

Tuesday, January 4, 2011

HARIMAU MALAYA !


Harimau Malaya adalah pasukan bola sepak Malaysia yang telah menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 pada 29 disember yang lepas. Harimau Malaya telah menewaskan pasukan Indonesia dengan aggreget 4-2 pada pusingan final. Dengan itu mereka merupakan juara Piala AFF Suzuki 2010 julung buat pertama kalinya semenjak pertubuhannya pada 1996. Pemain kebanggaan, Safee Sali telah mendapat Golden Boot award kerana berjaya memboloskan gawang lawan sebanyak lima jaringan dalam Piala AFF Suzuki ini. Kemenangan ini amat berbaloi kerana usaha, kerjasama dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh pelatih, pemain dan pasukannya sendiri. Saya amat berbangga dengan Harimau Malaya kerana telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. TANAH TUMPAHNYA DARAHKU :)

Wednesday, November 17, 2010

Korban's programme


oke pada pukul 9.30 a.m semua dah berkumpul untuk upacara penyembelihan. 10.47 a.m: ini lembu ketiga yang dimiliki abah saya dan rakan rakannya. lembu ni agak liat la nak ditumbangkan ke tempat penyembelihan. tapi alhamdulillah akhirnya dapat jugak. btw, tahun ni 5 ekor lembu je yg hadir :)



mase program ni dijalankan aku merupakan tukang tarik tali, ikat tali, melapah, angkat troli, *tukang makan dan sebagainya. hehe. paling penat sekali mase melapah lembu2 ni. then potong tulang2 untuk dibuat sup. dalam pukul 1.30 p.m baru la siap melapah lembu2.



bila dah penat ada pulak cendol depan mata. ape lagi.. bermangkok mangkok tibai. thanks to ajk surau. hehe. dan juga kpd abg Cendol ! selain tu ade jugak nasi n lauk daging. sumpah fresh ! lepas ni kena agih agihkan daging2 lembu ni. haa dapat jugak bawak balik 2 3 plastik.



saya dan mereka. antara rakan rakan yg membantu. tapi yg tak bestnya tahun ni takde kambing da. so see u next year oke kambing. haha. lepasni nak pegi rumah nenek pulak. tu je untuk harini :)

Happy Eid Adha y'all !



Selamat menyambut hari raya korban ye ! kepada semua muslimin dan muslimat di seantero dunia. Jangan lupa sedekahkan daging lembu or kambing kat fakir miskin yang layak menerimanya. semoga dapat menjamah sup ekor yg terbaik dari ladang pada hari ini. haha :) *buncit lagi la jawabnyaa -.-" (kepada kambing hitam & kambing putih & segala jenis kambing, sorry tak upload gambar terakhir korang. sorry naa)

Friday, October 15, 2010

My ECM110 project.




.2nd Bridge of Penang :)

Group members :
NABIL
EDDY
KERM
KODAS
KICAP
IRFAN